ClickCease

Integrasi Rasmi GrabFood x Qashier Jimatkan Masa dan Kos Perniagaan

Platform penghantaran makanan seperti GrabFood membolehkan pesanan dibuat dengan mudah oleh pelanggan dalam keselesaan rumah mereka. Dengan berada di platform pesanan dalam talian, perniagaan makanan dan minuman (F&B) anda boleh memanfaatkan pendapatan tambahan dan meningkatkan jualan anda selain daripada pelanggan tetap restoran anda.

Walaupun penghantaran GrabFood menawarkan peluang untuk menjangkau pelanggan anda, ia merupakan proses yang rumit untuk menambah sistem pesanan dalam talian kepada operasi sedia ada anda, terutamanya jika anda berurusan dengan berbilang peranti-peranti daripada platform pesanan yang berlainan.

Lebih-lebih lagi, selepas pelanggan membuat pesanan, chit pesanan akan dicetak daripada peranti kendiri. Untuk merekodkan pesanan, anda perlu memasukkan jualan secara manual ke terminal titik jualan (POS) anda, sebelum mencetak dan menghantar pesanan tersebut ke dapur.

Bersedia untuk meninggalkan semua kerumitan itu, dan mengalu-alukan integrasi rasmi GrabFood x Qashier.

Apakah maksudnya untuk anda? Lihatlah faedah utama yang memberi manfaat kepada anda sebagai peniaga F&B yang disediakan oleh penyelesaian diperkemas ini:

Urus semua pesanan GrabFood pada satu terminal

Dalam situasi dine-in, anda akan memasukkan pesanan pelanggan pada terminal POS anda. Walau bagaimanapun, jika pesanan penghantaran masuk serentak melalui platform GrabFood, anda perlu memasukkan pesanan secara manual ke dalam sistem POS anda.

Semasa waktu puncak, beberapa chit pesanan ini boleh mengelirukan, dan anda mungkin terlepas pesanan, atau malah tersilap memasukkan butiran yang salah ke dalam sistem.

Integrasi GrabFood x Qashier bermakna semua pesanan dalam talian GrabFood akan dihantar terus ke terminal POS Qashier anda. Semua butiran pesanan akan tersedia untuk anda, sehingga ke tag pesanan ‘GF-xxxx’.

Chit pesanan akan dicetak melalui pencetak dapur, proses yang tertinggal hanyalah penyediaan hidangan untuk pelanggan anda.

Anda serta kakitangan anda tidak perlu bergelut dengan pelbagai peranti dan terminal hanya untuk memenuhi penghantaran dalam talian anda, terminal POS Qashier mengendalikan segala-galanya.

Catat jumlah jualan di Qashier tanpa log masuk secara manual atau pengurusan pelbagai aplikasi 

Harga untuk setiap item di menu anda adalah berbeza-beza, apabila anda menawarkan pakej kombo atau secara pukal, anda perlu memastikan bahawa harga jualan item tertentu yang dimasukkan ke dalam sistem adalah sentiasa tepat.

Berkemungkinan besar anda akan tersilap menguruskan pesanan atau laporan jualan apabila anda perlu mengemaskinikan beberapa keping chit pesanan yang dicetak daripada pelbagai peranti!

Apa yang lebih penting, adalah memastikan keuntungan anda adalah teratur pada akhir hari. Tetapi ini boleh menjadi rumit untuk dilakukan apabila urusan pesanan adalah daripada berbilang platform penghantaran dan peranti.

Jangan bergelut dengan mencatat transaksi dan rekod jualan, sebaliknya biarkan Qashier mengendalikan segala-galanya.

Melalui integrasi GrabFood dengan Qashier, perniagaan anda boleh menjejaki semua transaksi dan jualan secara automatik dari satu platform. Dengan memusatkan semua butiran, menyelaraskan akaun pada penghujung hari akan menjadi lebih pantas.

Transaksi GrabFood anda akan muncul dalam rekod transaksi anda, anda hanya perlu klik pada bahagian ‘GrabFood’ untuk menapis pesanan GrabFood anda sahaja.

Selain itu, ciri analitis Qashier membolehkan anda menjana laporan jualan harian, mingguan atau bulanan yang membolehkan anda membuat semakan masa nyata melalui telefon pintar atau tablet anda. Sekali imbas, anda boleh mengetahui item yang paling laris di kedai anda.

Daripada menjejaki urus niaga merentas berbilang platform, fokus pada menambah pilihan menu anda serta cara mengembangkan perniagaan anda.

Urus menu anda di satu tempat – tiada lagi ulangan pada platform yang berbeza

Jika anda perlu sentiasa menukarkan menu terkini, atau ingin memperkenalkan hidangan bermusim untuk pelanggan anda, anda hanya perlu mengemaskini senarai menu atau harga dalam talian dan pelanggan boleh melihatnya dengan segera.

Lebih-lebih lagi, jika anda tidak menawarkan menu fizikal selama ini, lebih menyenangkan dan menjimatkan lebih banyak kos dalam mencetak semula perubahan menu. 

Sebaik sahaja anda telah mendaftar untuk berintegrasi dengan GrabFood melalui Qashier, anda boleh mengakses menu utama anda melalui akaun Qashier anda.

Untuk mengemas kini menu anda di GrabFood, anda hanya perlu mengubah melalui sistem Qashier sahaja dan perubahan tersebut akan disegerakkan. Anda tidak lagi perlu mengemas kini menu anda pada portal merchant GrabFood secara manual.

Anda boleh mencipta sistem pengurusan yang lancar untuk perniagaan anda dengan mengekalkan akses serta pengurusan menu dalam satu platform.

Kurangkan kerumitan antara proses-proses bermakna anda mempunyai lebih banyak masa untuk memuaskan pelanggan melalui masakan anda.

Penyelesaian semua-dalam-satu dengan GrabFood X Qashier

Pemilik perniagaan makanan & minuman, lancarkan pesanan luar talian dan dalam talian anda melalui satu terminal POS.

Jika anda adalah pengguna sedia ada POS Qashier, daftar untuk integrasi GrabFood dengan hanya beberapa langkah sahaja.

Sedangkan jika anda belum menggunakan POS Qashier, apa yang anda sedang menunggu?

Qashier menawarkan penyelesaian POS semua-dalam-satu dengan ciri-ciri pengurusan pesanan dan pembayaran melalui kod QR, pengurusan pelanggan dan ramuan.

Dengan integrasi GrabFood, sistem POS kami semakin pintar.

Sertai komuniti merchant Qashier dan biarkan sistem POS pintar kami menguruskan butiran terperinci untuk perniagaan anda, sementara anda boleh menumpukan perhatian pada penyediaan makanan yang lebih memuaskan pelanggan anda.

Qashier menawarkan pelbagai penyelesaian digital, termasuk pesanan QR, pengurusan meja & bilik, pengurusan kakitangan, perhubungan pelanggan (program kesetiaan), inventori, analitik data serta integrasi e-pembayaran, semuanya boleh dilakukan melalui peranti Qashier semua-dalam-satu.

Selain itu, Qashier mempunyai ciri-ciri yang mesra pengguna yang mudah untuk dipelajari dan digunakan oleh sesiapa sahaja. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh mendapatkan bantuan teknikal yang responsif 7 hari seminggu daripada Qashier.

Dengan harga yang berpatutan, penyelesaian Qashier dijual dari harga serendah RM4.50 sehari, dan ini termasuk perkakasan, perisian, persediaan sistem, latihan dan sokongan pelanggan 7 hari seminggu.

Hubungi kami untuk mengetahui sama ada POS Pintar Qashier dapat memenuhi keperluan perniagaan anda. Jadualkan pertemuan dengan kami di sini, atau hubungi kami di +60 3-9212 1855 (Bahagian Jualan) atau e-mel kami melalui [email protected].

Share

Facebook
LinkedIn
Twitter
WhatsApp
Email

Have we got your attention? Sign up here.

  • By clicking the submit button you agree to our Terms of Service and have read and understood our Privacy Policy.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.