QashierPay In-store: Why your business should accept credit cards
When you run a business, your priority is to ensure your customers enjoy the convenience of paying for their purchases quickly. This is particularly true…
When you run a business, your priority is to ensure your customers enjoy the convenience of paying for their purchases quickly. This is particularly true…
Time is money, and efficiency is the key to success. So what can small and medium enterprises (SMEs) do? Find ways to streamline your operations.…
– Ikhwan, Pemilik, Kaloori Truck
Saya pernah memiliki kedai fizikal. Walau bagaimanapun, sekitar 2016 dan 2017, saya menjumpai model perniagaan yang lebih baharu, iaitu trak makanan yang lebih mudah alih dan boleh berniaga di mana-mana saja. Ia juga memudahkan saya dalam mengurus pekerja melalui perniagaan yang berskala lebih kecil ini.
Beberapa kesukaran yang kami hadapi ialah mengurus pihak berkuasa tempatan, lesen, tempat, dan yang paling penting sistem titik jualan, iaitu Point-of-sale (POS).
Perkara yang paling saya suka tentang perniagaan trak makanan ialah saya dapat mengenali lebih ramai kawan, dan saya boleh berniaga di mana-mana sahaja, kerana konsep trak makanan ini mudah alih, mudah dan boleh beroperasi semasa dalam perjalanan.
Saya paling suka menyertai acara di merata-rata tempat, di mana saya boleh membawa trak makanan saya ke sana ke sini semantara bertemu lebih ramai rakan baru, bergaul sesama peniaga-peniaga dan berkongsi pengetahuan perniagaan.
Proses adalah lebih mudah dengan QashierXL, kerana ciri-ciri berintegrasi seperti pengurusan inventori, laporan jualan, jam masuk dan keluar kakitangan. Ia juga sesuai untuk kedai fizikal dengan sistem wi-fi, ia adalah proses yang lebih sistematik untuk menerima dan mengurus pesanan.
Untuk QashierX1, yang paling saya sukai ialah ciri pembayarannya. Terdapat pelbagai kaedah pembayaran pada masa kini, seperti kod QR, kad debit dan lain-lain. X1 menawarkan pelbagai jenis pembayaran kepada pelanggan, dan untuk kerja saya, ia memudahkan proses semakan stok, dan banyak lagi.
Sempena bulan puasa dan Hari Raya, Qashier telah menawarkan platform QashierEats untuk peniaga-peniaga menjual makanan dalam talian, di mana saya boleh menerima pesanan dan mengurus penghantaran untuk pelanggan.
Saya akan mengesyorkan Qashier kepada rakan-rakan saya kerana harganya yang berpatutan, ciri-ciri yang mesra pengguna dan sokongan pelanggan dan teknikal sepanjang 7 hari seminggu.