ClickCease

POS Qashier Sepintas Lalu

POS QASHIER SEPINTAS LALU

 

Di zaman kemajuan teknologi ketika ini, kebanyakan industri dibawa arus ke era pendigitalan. Kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah mula mendigitalkan perniagaan mereka melalui pelbagai penyelesaian digital. Salah satu penyelesaian digital yang popular adalah sistem Point-of-Sale atau dikenali sebagai ‘POS’ yang mampu melancarkan proses perniagaan.

POS TRADISIONAL DI PASARAN

Sistem POS tradisional memerlukan gabungan pelbagai mesin untuk melaksanakan satu tugas ringkas, dan akan melibatkan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi. Apa yang lebih mengehadkan ialah walaupun dengan gabungan beberapa perkakasan, mungkin masih terdapat ciri yang tidak tersedia.

Selain itu, peranti POS tradisional yang biasanya bersaiz besar bukan sahaja boleh memakan ruang kaunter anda, tetapi juga mengehadkan mobiliti anda di kaunter juruwang. Ia tidak setanding dengan keperluan perniagaan pada hari ini yang memerlukan peranti yang padat dan mudah alih.

Di sinilah Qashier memainkan peranannya.

CIRI-CIRI KHAS QASHIER 

Penyelesaian POS pintar Qashier memastikan semua pemilik perniagaan dapat menikmati pelbagai fungsi POS dengan harga yang berpatutan, hanya dari RM4 sehari.

POS ini direka bentuk padat untuk mencapai tujuan mobiliti dan kemudahan penggunaan. Qashier mengintegrasikan semua fungsi dalam satu peranti. Konsep ‘semua-dalam-satu’ ini membuatkan POS pintar Qashier ringan dibawa, sementara mudah diguna.

TRANSFORMASI RESTORAN MELALUI QASHIER

POS Qashier mempunyai pelbagai fungsi seperti pengurusan meja dan menu, pesanan kod QR dan organisasi dapur untuk perniagaan restoran, kafe modern, food truck dan lain-lain.

Terminal POS pintar Qashier boleh diintegrasikan dengan mesin pencetak dapur untuk mengekalkan perkhidmatan optimum restoran. Anda juga boleh mengawal keseluruhan pengalaman pelanggan menjamu selera dengan menguruskan meja mengikut status seperti penuh, kosong, atau menunggu pembayaran pelanggan. 

OPERASI KEDAI RUNCIT YANG LANCAR MELALUI QASHIER

Dengan penyelesaian POS pintar Qashier, proses pemantauan stok kedai runcit boleh dimudahkan. Pemilik perniagaan boleh mengurus inventori dari kedai runcit ke pejabat operasi melalui sistem berpusat Qashier dan dapatkan pemberitahuan apabila stok hampir habis.

Apatah lagi, perniagaan yang mempunyai rangkaian kedai runcit juga boleh menggunakan Qashier untuk menguruskan inventori merentas cawangan dan gudang, di samping boleh mengakses ke data jualan dan stok pada bila-bila masa.

QASHIER UNTUK PERNIAGAAN SPA, KECANTIKAN & KESIHATAN

Pelanggan tetap membawa kemampanan kepada perniagaan. Untuk perniagaan spa, kecantikan dan kesihatan, rangkaian pelanggan setia merupakan sumber pendapatan utama perniagaan mereka.

POS pintar Qashier membantu perniagaan-perniagaan ini untuk mengoptimumkan semua urusan termasuk pengurusan pelanggan serta prestasi pekerja.

Sistem pengurusan perhubungan pelanggan (CRM), iaitu Qashier Loyalty memberikan anda kelebihan untuk mencipta pengalaman yang lebih menarik untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan melalui ganjaran keahlian yang dikhaskan. Melalui Qashier Loyalty, anda boleh mempelbagaikan ganjaran kepada ahli-ahli dengan cashback, promosi khas, diskaun hari jadi, kumpulan mata ganjaran atau program kesetiaan pelanggan yang lain. 

INTEGRASI PEMBAYARAN E-WALLET

Sistem pembayaran berintegrasi Qashier yang tersedia membolehkan penerimaan semua jenis kaedah pembayaran termasuk e-Wallet seperti Touch ’n Go, Boost, Grabpay, Maybank QRpay dan ShopeePay.

Di samping itu, sistem pesanan melalui kod QR Qashier membolehkan pelanggan membuat bayaran secara online. Pelanggan tidak perlu lagi beratur di kaunter juruwang untuk membantu anda menguruskan giliran pembayaran dengan lebih cekap.

PENYELESAIAN YANG KHAS UNTUK PERNIAGAAN ANDA

Qashier X1, ia mempunyai reka bentuk yang padat dan mudah alih, sesuai untuk pemilik perniagaan kafe atau gerai makanan yang menghadapi cabaran ruang terhad sementara memerlukan mobiliti dan kecekapan yang lebih tinggi untuk melayani pelanggan yang datang berturut-turut. 

Jika anda mencari sesuatu yang lebih canggih, QashierXL adalah pilihan anda. Dilengkapi dengan sistem untuk mengendalikan inventori yang lebih besar. XL disertai paparan yang lebih besar dan boleh disesuaikan dan diskalakan dengan mana-mana aksesori. Ia juga dilengkapi dengan 2 skrin sentuh untuk pengalaman penggunaan yang lebih berkeupayaan tinggi.

Yang penting sekali, kedua-dua peranti X1 dan XL tersedia dengan sistem pembayaran berintegrasi yang membolehkan penerimaan pelbagai kaedah pembayaran termasuk e-Wallet. 

SEMUA INI HANYA DARI SEKURANG RM4/SEHARI

Untuk mengembangkan perniagaan, peniaga-peniaga memerlukan rakan kongsi seperti penyelesaian POS pintar Qashier yang tangkas dan mudah digunakan.

Produk-produk POS Qashier menawarkan harga yang berpatutan semurah RM4 sehari, lengkap dengan semua fungsi POS yang diperlukan untuk setiap perniagaan, bertujuan untuk memudahkan penggunaan dalam reka bentuk padat.

Untuk memulakan, sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai POS Qashier yang sesuai dengan pelan perniagaan anda. Anda juga boleh membuat temu janji di sini atau hubungi kami di (+03) 9212 1855, WhatsApp di (+012) 660 2741 atau hantar emel ke [email protected].

Di samping itu, anda juga boleh mendaftar untuk Kit Permulaan Qashier untuk menikmati semua fungsi penyelesaian POS QashierX1 dan QashierXL dengan langganan percuma Qashier Pro selama 3 bulan.

Dengan Qashier, kami memudahkan semua urusan perniagaan serta membantu anda mengatasi persaingan pasaran.

Share

Facebook
LinkedIn
Twitter
WhatsApp
Email

Have we got your attention? Sign up here.

  • By clicking the submit button you agree to our Terms of Service and have read and understood our Privacy Policy.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.