ClickCease
qashierxs-qashier-founders

POS Pintar dengan Penyelesaian Pembayaran Berintegrasi Yang Pertama Di Malaysia

Syarikat startup Fintech Qashier mengumumkan pelancaran terminal titik jualan (POS) pintar terbaharunya, QashierXSQashierXS yang ringan tetapi berfungsi penuh ialah penyelesaian POS semua-dalam-satu, ia mengintegrasikan kedua-dua kaedah pembayaran dan perisian POS dalam satu terminal. Sempena Hari Kebangsaan Malaysia, pelancaran QashierXS membantu perusahaan kecil dan sederhana mendigitalkan perniagaan mereka dengan lebih lancar.

“Kami sangat teruja untuk membawa penyelesaian POS pintar baharu QashierXS kami kepada PKS di Malaysia. Qashier menyediakan teknologi dan alatan yang digunakan oleh syarikat besar atau korporat, dan menjadikannya mampu milik dan boleh diakses oleh peniaga-peniaga kecil. Ia memperkasakan mereka untuk berkembang maju dalam ekonomi digital hari ini,” kata Christopher Choo, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Qashier. 

Sejak Qashier berkembang ke Malaysia pada Ogos 2021, Qashier telah membawa penyelesaian POSnya kepada lebih 1,000 peniaga tempatan, jumlah ini diunjurkan akan meningkat dua kali ganda menjelang akhir tahun 2022 apabila mengikuti perkembangan rangkaian dan sokongan tempatannya di seluruh negara.

Mengenali QashierXS

Dengan berat kurang daripada 500gram, QashierXS ialah terminal yang paling ringan antara produk POS yang lain. Ia juga merupakan POS yang pertama di pasaran Malaysia yang mempunyai kedua-dua ciri-ciri POS dan penyelesaian pembayaran dalam satu peranti. Ia membolehkan peniaga PKS menerima pelbagai kaedah pembayaran termasuk wang tunai, kad kredit, e-dompet dan e-pembayaran. QasheirXS direka bentuk untuk menjadi POS yang paling mudah untuk digunakan oleh PKS, tambahan pula dengan kekompakannya, ia seperti  memasukkan perniagaan ke dalam poket.

Daripada QashierX1 yang mudah alih, QashierXL yang besar dan berkuasa, QashierXS yang kompak serta penyelesaian POS berasaskan perisian, Qashier menyediakan fleksibiliti dan pilihan penyelesaian POS yang pelbagai untuk memenuhi keperluan PKS tempatan.

Penyelesaian POS Qashier dicipta untuk berskala bersama perusahaan kecil dan sederhana sepanjang perjalanan pendigitalan mereka. Yang disediakan untuk peniaga ialah aplikasi berciri penuh untuk mengurus data jualan, pesanan QR, mengurus inventori, kakitangan, perhubungan pelanggan, dan sebagainya.

QashierStories

Salah satu peniaga tempatan ialah Kaloori Truck yang beroperasi secara mudah alih, ia kini menggunakan kedua-dua QashierX1 dan QashierXL untuk trak makanan dan kedai fizikalnya.

Selepas lima tahun beroperasi, Kaloori Truck mendapati Qashier adalah pilihan yang paling menjimatkan kos selepas menggunakan beberapa sistem POS yang lain sebelum ini.

“Proses lebih mudah dengan QashierXL yang mempunyai ciri-ciri berintegrasi seperti pengurusan inventori, laporan jualan, daftar masuk dan daftar keluar kakitangan. Ia merupakan proses yang lebih sistematik untuk pengurusan pesanan,” kata En. Ikhwan, pemilik Kaloori Truck.

Sin An Medical Treatment, sebuah syarikat pakar Perubatan Tradisional Cina (TCM) di Selangor, mendapati terminal POS Pintar QashierXL mudah dikendalikan  untuk pengurusan jualan, menjejak komisen kakitangan dan laporan jualan bulanan dan mengurus inventori merentas berbilang cawangan.

Aryaerna, label fesyen tempatan yang dikendalikan oleh keluarga yang diasaskan pada tahun 2010 menggunakan sistem POS QashierX1 di empat cawangannya. “Saya suka bagaimana sistem berasaskan awan Qashier yang membolehkan saya mengakses data jualan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, ia menjimatkan masa dan meringkaskan kerumitan operasi kami,” kata Pija, pengasas Ayraeryna.

Memperkasakan Perniagaan Tempatan

“Tidak kira saiz atau penubuhan mereka, setiap perniagaan yang memanfaatkan teknologi kami untuk berkembang adalah pencapaian yang kami banggakan. Ini membentuk asas tujuan kami – untuk memperkasakan PKS Malaysia untuk membina perniagaan yang berkembang maju dalam ekonomi baharu hari ini, ” kata Alex Leong, Ketua Penyelesaian untuk Qashier Malaysia.

QashierPay, iaitu terminal pembayaran Qashier merupakan satu lagi penyelesaian yang boleh memanfaatkan peniaga Malaysia. Melalui QashierPay, PKS menerima semua kaedah pembayaran daripada tunai, kad kredit/debit, e-pembayaran seperti ApplePay dan SamsungPay, serta e-dompet popular seperti Touch ‘n Go, Maybank QRPay dan GrabPay.

Malaysia adalah pasaran kedua Qashier selepas penubuhannya di Singapura, susulan kutipan dana US$4.7 juta pada November 2021 oleh Exor Seeds, cabang usaha niaga tertumpu teknologi Exor.

Perkembagan lanjut di rantau ini sedang dijalankan berikutan pertumbuhan liputan sokongan tempatan di ibu pejabatnya di Singapura, Malaysia, Thailand dan Filipina.

Share

Facebook
LinkedIn
Twitter
WhatsApp
Email

Have we got your attention? Sign up here.

  • By clicking the submit button you agree to our Terms of Service and have read and understood our Privacy Policy.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.