ClickCease

Kaloori Truck | Lontong Goreng Dan Keenakan Sedang Bertuju

Transkrip: Hai, saya Ikhwan, pemilik Kaloori Truck. Kaloori Truck bermula pada 2017, dan telah beroperasi selama lima tahun. Hidangan istimewa kami ialah lontong goreng, dan daging salai. Lontong goreng merupakan hidangan tradisi Johor yang sukar didapati, namun kami mengubahsuaikan dan membuatkannya menjadi hidangan hangat. Begitu juga dengan daging salai. Ia adalah hidangan tradisional dan kami membuat pembaharuan dengan memasakannya dengan pasta, spageti dan banyak lagi.

Saya telah menggunakan beberapa sistem POS lain sebelum ini. Sehingga saya mendapati Qashier sebagai pilihan yang paling menjimatkan kos untuk saya.

– Ikhwan, Pemilik, Kaloori Truck

Saya pernah memiliki kedai fizikal. Walau bagaimanapun, sekitar 2016 dan 2017, saya menjumpai model perniagaan yang lebih baharu, iaitu trak makanan yang lebih mudah alih dan boleh berniaga di mana-mana saja. Ia juga memudahkan saya dalam mengurus pekerja melalui perniagaan yang berskala lebih kecil ini.

Beberapa kesukaran yang kami hadapi ialah mengurus pihak berkuasa tempatan, lesen, tempat, dan yang paling penting sistem titik jualan, iaitu Point-of-sale (POS).

Perkara yang paling saya suka tentang perniagaan trak makanan ialah saya dapat mengenali lebih ramai kawan, dan saya boleh berniaga di mana-mana sahaja, kerana konsep trak makanan ini mudah alih, mudah dan boleh beroperasi semasa dalam perjalanan.

Saya paling suka menyertai acara di merata-rata tempat, di mana saya boleh membawa trak makanan saya ke sana ke sini semantara bertemu lebih ramai rakan baru, bergaul sesama peniaga-peniaga dan berkongsi pengetahuan perniagaan.

Proses adalah lebih mudah dengan QashierXL, kerana ciri-ciri berintegrasi seperti pengurusan inventori, laporan jualan, jam masuk dan keluar kakitangan. Ia juga sesuai untuk kedai fizikal dengan sistem wi-fi, ia adalah proses yang lebih sistematik untuk menerima dan mengurus pesanan.

Untuk QashierX1, yang paling saya sukai ialah ciri pembayarannya. Terdapat pelbagai kaedah pembayaran pada masa kini, seperti kod QR, kad debit dan lain-lain. X1 menawarkan pelbagai jenis pembayaran kepada pelanggan, dan untuk kerja saya, ia memudahkan proses semakan stok, dan banyak lagi.

Sempena bulan puasa dan Hari Raya, Qashier telah menawarkan platform QashierEats untuk peniaga-peniaga menjual makanan dalam talian, di mana saya boleh menerima pesanan dan mengurus penghantaran untuk pelanggan.

Saya akan mengesyorkan Qashier kepada rakan-rakan saya kerana harganya yang berpatutan, ciri-ciri yang mesra pengguna dan sokongan pelanggan dan teknikal sepanjang  7 hari seminggu.

Share

Facebook
LinkedIn
Twitter
WhatsApp
Email

Have we got your attention? Sign up here.

  • By clicking the submit button you agree to our Terms of Service and have read and understood our Privacy Policy.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.