ClickCease
butik-ayraeryna

Butik Ayraeryna | Gaya Berkekalan

Tingkatkan tahap fesyen anda dengan pakaian modest yang bergaya daripada Butik Ayraeryna, label buatan tempatan yang mengkhusus dalam pakaian tradisional dan harian untuk wanita Malaysia!
Ayraeryna, adalah sebuah perniagaan yang dikendalikan oleh keluarga yang diasaskan sejak tahun 2010, sebelum ini dikenali sebagai Butik H&H sebelum penjenamaan semula pada 2021.
Ayraeryna kini diterajui oleh pemilik generasi kedua, Pija dan adik-beradiknya (Ain dan Amirah), dan mempunyai sejumlah lima cawangan. “Kami memberi tumpuan kepada fesyen modest yang bergaya kontemporari, unik dan elegan. Di Ayraeryna, kami mahukan pelanggan kami berasa baik dan nampak yakin dengan pakaian kami,” kongsi Pija.
Apabila perniagaan mereka berkembang, Pija menyedari terdapat keperluan untuk melabur dalam penyelesaian POS yang lebih cekap untuk menguruskan operasi merentas cawangan dengan lebih berkesan.
“Kami kini menggunakan Qashier di empat daripada lima cawangan kami. Saya suka sistem berasaskan awan mereka yang membolehkan saya mengakses data jualan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, untuk menjimatkan masa dan memudahkan masalah.
Transkrip:

Gaya adalah kekal. Setiap individu mempunyai estetika masing-masing, pendapat sendiri dalam menentukan gaya sebenar mereka.

Hai, nama saya Pija. Saya salah seorang pengasas Ayraeryna.

Sebelum ini, kami dikenali sebagai Butik H&H, diasaskan pada tahun 2010 oleh ibu bapa saya. Pada tahun 2021, kami menjenamakannya semula kepada Ayraeryna.

Kami pakar dalam pakaian wanita, terutamanya pakaian tradisional dan pakaian harian wanita.
Kini, saya mempunyai lima cawangan dan kami menggunakan Qashier di empat cawangan kami.

Kami memilih Qashier kerana ia mudah dikendalikan dan mesra pengguna. Peranti semua-dalam-satu mudah alih dan berfungsi ini boleh dipercayai dan menjadikan perniagaan berjalan dengan lebih lancar.

Saya berpuas hati apabila saya boleh membantu wanita kelihatan cantik dan berasa yakin dengan pakaian mereka.

Oleh itu, kami mereka lebih banyak gaya dan corak, serta warna yang sesuai mengikuti kegemaran wanita. Kini anda boleh mencari baju kurung, pakaian harian, pakaian office, semuanya di bawah satu bumbung Ayraeryna.

Dunia sentiasa berubah, begitu juga dengan trend pelanggan.

Apabila perniagaan kami berkembang, keperluan pelanggan kami semakin meningkat, dan begitu juga dengan pengurusan stok kami yang menjadi semakin rumit.

Sebelum ini, kami menggunakan mesin daftar tunai asas yang hanya boleh merekodkan jualan harian, ia tidak memuaskan keperluan perniagaan kami.

Kami membuat pencarian penyelesaian POS melalui Google, kami terjumpa Qashier.

Sistem POS Qashier telah membantu kami menguruskan inventori kami, seperti menjejak aliran stok serta jualan harian. Dengan sistem berasaskan awan, ia telah membantu kami mengakses data di mana-mana sahaja, dari mana-mana peranti.

Selain itu, program kesetiaan pelanggannya membantu kami berhubung dengan pelanggan dan meningkatkan kesetiaan mereka kepada Ayraeryna.

Sistem POS Qashier juga membolehkan transaksi menjadi lebih mudah, tepat dan cekap yang boleh memudahkan pengalaman membeli pelanggan-pelanggan kami.

Saya pasti akan mengesyorkan Qashier kepada pemilik perniagaan lain, kerana Qashier boleh membantu mereka meringkaskan dan meningkatkan kelancaran urusan perniagaan.

Share

Facebook
LinkedIn
Twitter
WhatsApp
Email

Have we got your attention? Sign up here.

  • By clicking the submit button you agree to our Terms of Service and have read and understood our Privacy Policy.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.